Teka Teki
1. Waktu subuh ketepi paya,
Hendak menembak seekor buaya;
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.
2. Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah dipagi raya;
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
3. Selepas subuh pergi ke lading,
Singgah sebentar rumah pak long;
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya upama pemukul gong.
4. Cantik parasnya siputeri molek,
Pergi kolam duduk berendam;
Rupa buahnya laksana kolek,
Bijinya umpama lada hitam.