Saturday, 26 November 2011

Tembikai


tembikai


      Tembikai merupakan buah-buahan tempatan yang tidak kurang hebatnya..Dari segi rasa dan juga khasiatnya. Sesuai dengan sifatnya yang berjus, buah tembikai ini dijadikan sajian sebagai pencuci mulut atau jus minuman.



  • Tembikai mengandungi vitamin B6.
Vitamin B6 merupakan sumber penting untuk diet yang seimbang dan dapat membantu manusia daripada panik dan kebimbangan.
  • Tembikai mengandungi vitamin C
Vitamin C meningkatkan sistem imun dalam badan dan memperlahankan penuaan

  • Tembikai turut mengandungi vitamin A.
Vitamin A hampir sama dengan vitamin C yang  turut meningkatkan sistem imun dalam badan dan melawan jangkitan kuman serta mencegah kerabunan/buta.
  • Tembikai mengandungi elektrolit sodium dan potasium.
Semasa kita berpeluh,banyak sodium dan potasium dalam badan yang akan keluar, maka dengan memakan tembikai unsur-unsur ini dapat dikembalikan dalam badan kita.
  • Tembikai bebas lemak.
Jadi,sekiranya kita hendak makan seberapa banyak pun buah tembikai ini adalah tidak menjadi masalah.
Di samping sifatnya yang menyejukkan badan, tembikai juga turut membantu dalam menghasilkan tenaga.




No comments:

Post a Comment