Monday, 28 November 2011

Pisang



       Pisang merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glikosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
  • Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
  • Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
  • Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek.
Selain buah pisang, jantung pisang  juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.


Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

1.    Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
2.    Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
3.    Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
4.    Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5.    Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
6.    Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang.


Nanas


   Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan Bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

  • Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. 
  • Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. 
  • Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung

Sunday, 27 November 2011

Manggis



Manggis merupakan salah satu daripada buah-buahan tropika yang paling lazat dan digemari di dunia. Kalau durian diberi gelaran raja buah-buahan tropika. Manggis pula terkenal sebagai ratu buah-buahan. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan tergolong dalam famili Guttiferae.

  • Buah manggis mempunyai isi yang putih bersih, berjus, manis dan lazat rasanya.

Langsat

     
       Langsat duku, dan duku langsat berasal dari Malaysia. Tanaman ini terdapat juga di Indonesia, Thailand dan Filipina. Walaupun agak berbeza antara satu sama lain dari segi ciri-ciri buah dan pokok, kesemuanya digolongkan dalam satu spesies, iaitu Lansium domesticum Corr. Lansium tergolong dalam famili Meliaceae bersama-sama sentul dan kecapi (Sandoricum koetjape). Kesemua buah Lansium dimanfaatkan sebagai buah-buahan segar.

  • Buah langsat berbentuk bujur panjang, berkulit nipis dan bergetah putih. 
  • Panjang buahnya 3 – 4 cm. Kulit buah berwarna kuning gelap apabila masak. 
  • Isinya berjus dan berasa masam manis. 
  • Umumnya buah langsat berasa lebih masam daripada duku dan duku langsat.

Rambutan




Rambutan berasal dari Malaysia dan tergolong dalam famili Sapindaceae. Buahnya diselaputi bulu atau rerambut dan kerana itu diberi nama rambutan. Isinya berjus,beraroma dan manis rasanya. Kebanyakannya dimakan terus walaupun buah ini boleh ditinkan dan dibuat jem.

  • Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit 
  • Buah muda berwama hijau, tetapi yang masak berwama merah cerah atau kuning mengikut jenis. 
  • Kulitnya yang agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut 
  • Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau kekuningan dan lembut 
  • Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat.

Durian





Durian yang digelar ‘Raja Buah’ ialah buah tropika yang besar saiznya, berduri tajam dan mempunyai isi yang lazat rasanya. Satu ciri unik Raja Buah ini ialah baunya yang kuat. Walau bagaimanapun, buah ini paling digemari penduduk Asia Tenggara kerana kelazatan isinya. Durian dipercayai berasal dari kepulauan Borneo dan kini penanamannya tidak sahaja tersebar luas hampir di seluruh negara Asia yang beriklim khatulistiwa tetapi juga di beberapa kawasan di Australia. Negara pengeluar durian yang utama ialah Thailand, Malaysia dan Indonesia. 



  • Durian biasanya dimakan terus tetapi buah ini juga boleh dimakan dengan pulut dan santan. 
  • Selain itu, durian boleh diproses menjadi lempuk, kandi, serbuk durian dan tempoyak. 
  • Durian mengandungi karbohidrat protein, lemak, kalsium dan vitamin A dan C yang tinggi.

Limau Bali



Limau Bali atau nama botaninya Citrus grandis (L) atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi.

  • Mengandungi vitamin A dan C dipercayai mempunyai khasiat ubatan yang tinggi.
  • Biji buah limau bali boleh direbus bagi mengubati penyakit hernia dan mengurangkan bengkak alat kelamin. 
  • Daun limau bali jika direbus dan diminum boleh menjadi penawar racun serta dapat mencuci toksin dalam badan. 
  • Kulit juga mempunyai khasiatnya tersendiri boleh diminum sebagai tonik dan juga sebagai penawar kepada ketagihan arak. 
  • Ia juga dapat mengubati selsema dan juga mengurangkan masalah penghadaman.